TEMUDUGA PENGAWAS 2011


Unit Disiplin Sekolah telah mengadakan temuduga bagi memilih 70 orang pengawas sekolah bagi sesi 2011.

Seramai 200 permohonan telah diterima dan ditapis oleh guru-guru kelas dan seterusnya kira-kira 100 orang terpilih ke peringkat saringan kedua yang mana temuduga telah dijalankan. Kesemua calon telah di temuduga oleh guru-guru Unit Disiplin Sekolah yang di ketuai oleh Encik Daud Dasuki. 4 bilik khas telah digunakan bagi lokasi temuduga yang dijalankan di Bilik Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.

Calon-calon tersebut telah diuji daripada pelbagai aspek disiplin, akademik, sahsiah, tanggunjawab, kendiri dan pengetahuan am. Setiap calon perlu menunjukkan kebolehan dan kepimpinan serta yakin diri yang tinggi. Ada antara mereka dikehendaki menyanyikan lagu negeri, lagu sekolah, ikrar rukunegara dan doa. Masing-masing telah memberikan yang terbaik bagi membolehkan diri mendapat perhatian dan markah yang lebih baik daripada panel penemuduga.

Keputusan temuduga akan diumum secara bersurat dan perlantikan pada Oktober nanti.

Tahniah dan selamat bertugas dengan penuh dedikasi kepada pengawas 2011.

PANEL PENILAIAN BUMI HIJAU DI SKSU

PERTANDINGAN KITCHEN GARDEN- EDIBLE LANDSCAPE

10 OGOS 2010, SELASA - Seramai tujuh orang panel penilai telah datang ke SKSU bagi penilaian program Pertandingan MAHA peringkat negeri Selangor, Kithen Garden- Edible Landscape atau Bumi Hijau- Tanaman Makanan.

Kumpulan panel penilai ini telah dibawa melihat tayangan dokumentari Bumi Hijau di Taman SKSU, lawatan ke taman-taman, kolam ikan, ternakan ayam, arnab, Rumah Baja Cacing, Bio-Enzim, laluan DeRimba dan Bilik Pameran.

Walau ditengah panas terik tengahari membakar kulit, ahli panel tetap menjalankan tugasan dengan baik dan cemerlang. Antaranya Encik Mohd Radzuan Md Noor , mewakili FAMA, Cik Noor Izyan Borhanudin- Jabatan Pertanian Selangor, Encik Hazmi Musa mewakili Jabatan Veterinar, Encik Mohd Hairil Faizal meawakili Jabatan Perikanan, Encik Zainal Ariffin Md Zin mewakili Pejabat Pertanian Daerah, dengan diiringi oleh Encik Zamhari Fadzullah dari PPD Sabak Bernam.


Lawatan mereka ini juga sebagai pemberi dan pemcetus idea dan minda bagi menambahbaik lagi sistem pengurusan Bumi Hijau di sekolah ini. Semoga ada keyajaan menanti disebalik usaha dan kerja keras semua warga SKSU selama ini.


PROGRAM PENINGKATAN KECEMERLANGAN UPSR 2010

MOTIVASI DAN TEKNIK MENJAWAB
BERSAMA PENCERAMAH JEMPUTAN


Sebanyak empat siri Motivasi dan Teknik Menjawab telah diadakan bersama empat orang penceramah jemputan yang merupakan guru-guru cemerlang dan berpengalaman luas dalam bidang masing-masing. Program ini merupakan sebahagian daripada aturcara meningkatkan prestasi pencapaian calon UPSR 2010 yang seramai 106 orang tersebut.

Banyak kata-kata perangsang, penguat semangat dan membakar jatidiri mereka telah suarakan oleh para penceramah. Berbagai tips dan teknik telah diungkai dan dikongsi bersama agar mereka lebih telus dan yakin menuliskan bait-bait jawapan didada kertas jawapan , berani menyahut apa jua bentuk serangan soalan, dan yakin dengan pemikiran mereka sendiri. Disamping mereka masih terus dicuba, diduga dan di uji dengan set-set kertas soalan pelbagai sumber agar terus membaikki kelemahan diri dibimbing oleh guru-guru Tahun 6 yang sentiasa ada untuk membantu.

Begitulah usaha, begitulah daya dan begitulah cara, yang tinggal hanya hasil dan doa yang mengiringi perjuangan terakhir di persada sekolah rendah agar kejayaan sentiasa ada buat mereka. Teruskan usaha, tekad dan daya. Gunakan sisa masa yang ada sebaiknya.

Marathon UPSR akan menyusul selepas cuti Hari Raya. Bersiap sedialah.




AHLAN WAHSAHLAN YA RAMADHAN


Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasullulah S.A.W yang bermaksud,
Apabila tibanya ramadhan, dibuka segala pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu-pintu neraka dan diikat segala syaitan.
Sesiapa yang berpuasa ramadan, dengan penuh keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

LAWATAN PENANDA ARAS


SK DATO' HARUN, PETALING MENJELAJAH TAMAN-TAMAN LESTARI


Seramai 44 orang guru yang diketuai guru besar dan guru penolong kanan telah datang dan melawat ke seluruh taman, bilik dan ruang lestari yang terdapat di SKSU.


Lawatan ini selain mengerat hubungan dengan sekolah lain turut juga menjadi satu perkongsian idea mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah. Guru-guru tersebut telah dibawa melihat usaha dan dan hasil kerja guru-guru, pekerja dan pastinya murid-murid dalalm menjayakan program keceriaan dan pemantapan prestasi sekolah.


Lawatan selama hampir 3 jam itu telah diabadikan sebagai satu lagi penanda aras bagi kedua-dua sekolah. Kepulangan mereka ke destinasi di kota sana diiringi cenderamata wajib daerah Sabak Bernam yang terkenal dengan hasil pertanian seperti kerepek ubu dan pisang.


Semoga yang baik menjadi ikutan yang kurang beritahu kami agar dapat dibuat penambahbaikan.


Terima kasih SK Dato' Harun, SK Seri Utama sentiasa terbuka menerima anda.


\

Anugerah Khidmat Cemerlang 2009

Penerima Anugerah Perkhiudmatan Cemerlang 2009

Pn Rusnani bt Ahmad, Pn Salasiah bt Ahmad, Pn Puziah Hj Mohamed Shariff, Pn Samaiyah bt Sabran, Encik Mohd Ithnin b Moktaram dan Tn Hj Mahmud Hamdan.


TAHNIAH DAN TERUSKAN KECEMERLANGAN ANDA.